top of page
  • newsatmy

Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah

29 Januari 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


Kandungan yang terdapat di dalam manual ini ialah Pengenalan, difinisi operasi, objektif, pendekatan dan kaedah PdPR dan pelaksanaan PdPR.


Tujuan manual ini adalah untuk membantu guru dalam melaksanakan PdPR sebagai alternatif pembelajaran norma baharu.


Hal ini bermakna semua murid boleh mengakses kepada Pendidikan walaupun tidak dapat bersua muka di sekolah.


Objektif PdPR ialah panduan kepada para guru untuk melaksanakan PdPR secara berstruktur dan terancang dan murid-murid dapat mengikuti PdPR secara optimum.


Pendekatan PdPR dalam talian ialah menggunakan internet dan peranti mudah alih seperti telefon pintar.


Medium pembelajarannya menggunakan DELIMa, Google Meet atau Microsoft Teams (secara live streaming) dan ePermainan ataupun video klip, ebook atau tugasan dalam talian.


Manakala Pendekatan PdPR luar talian pula menggunakan peranti seperti komputer, telefon pintar dan tablet tanpa menggunakan capaian internet.


Kaedah PdPR menggunakan modul dirancang secara berstruktur untuk memenuhi keperluan mata pelajaran.


Kaedahnya adalah berasaskan projek mengikut mata pelajaran. Perlaksanaanya adalah seperti para guru memberi tajuk kepada murid dan kemudiannya membimbing murid untuk mengenal pasti kaedah untuk menyiapkan projek yang diberikan.


Peranan para guru semasa PdPR adalah menyusun semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) berdasarkan Dokumen Standard Kokurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan takwim persekolahan yang telah ditetapkan oleh KPM.




bottom of page