• Hanna

Marko Grujic tinggalkan Liverpool, sertai Porto secara tetap

22 Julai 2021

Pemain tengah Liverpool, Marco Grujic, sah menyertai Porto secara perpindahan tetap.

Pemain berusia 25 tahun itu menghabiskan musim 2020-21 secara pinjaman di kelab Liga Primeira itu dengan melakukan 39 penampilan dalam kesemua kejohanan.


Ia merupakan musim terakhir Grujic dipinjamkan daripada Liverpool sejak dia menyertai pasukan itu daripada Red Star Belgrade pada 2016 -- turut penah dipinjamkan kepada Cardiff City dan Hertha Berlin.


Dia merupakan pemain pertama yang ditandatangani dalam era Klopp di Anfield tetapi hanya pernah menyarung jersi The Reds sebanyak 16 kali dalam kesemua kejohanan.


Pemain kebangsaan Sebia itu sepatutnya kembali menyertai sesi pramusim bersama pasukan utama Liverpool bulan ini tetapi kelab Merseyside berkenaan mengesahkan bahawa mereka secara rasmi telah menamatkan kontrak lima tahun berkenaan.


"Semua di Liverpool FC mengucapkan terima kasih kepada Marko atas sumbangannya dan mendoakan yang terbaik buat masa depan kariernya," tulis kelab itu dalam satu kenyataan.


Porto dilaporkan teah melengkapkan pembayaran awal bernilai €12.15 juta (RM60.62 juta) untuk mendapatkan Grujic, yang sebelum ini turut dilaporkan menarik minat Sporting CP dan kelab Itali, Sassuolo.


- PN Online