top of page
  • newsatmy

Martinez beri bayangan Lukaku bakal tinggalkan Chelsea

4 April 2022

PENGENDALI Belgium, Roberto Martinez, mencadangkan Romelu Lukaku mungkin akan meninggalkan Chelsea dengan Piala Dunia Qatar bakal tiba hujung tahun ini.


Chelsea mengeluarkan sejumlah wang yang bernilai GBP97.5 juta untuk membawa pulang Lukaku ke Stamford Bridge dari Inter Ogos lalu.


Penampilan Lukaku buat kali kedua bersama Chelsea tidak seperti apa yang dirancangkan setakat ini, dan pemain berusia 28 tahun itu sendiri menambah kritikan apabila memberitahu Sky Sport Italia bahawa dia tidak berpuas hati dengan situasinya bersama juara Eropah itu selepas kehilangan tempat dalam kesebelasan utama.

Bekas penyerang Everton dan Manchester United itu sekadar menjaringkan 12 gol dalam 35 penampilan musim ini di bawah kendalian Thomas Tuchel.


Martinez membayangkan penjaring gol terbanyak Belgium itu mungkin akan mencari kelab baru jika gagal mendapatkan tempat dalam skuad The Blues sebagai persiapan untuk menghadapi saingan di Qatar nanti.


"Kami berbincang mengenai pemain seperti Romelu, yang telah beraksi lebih 100 kaps dan cukup mengenali cara skuad kebangsaan ini," katanya.


"Saya tidak akan mengadili atau menilai keadaan mana-mana pemain sehingga selepas musim panas kerana ia bukan situasi biasa.


"Masih ada tujuh bulan lagi untuk Piala Dunia dan mungkin anda akan membincangkan secara terperinci bagaimana perasaan pemain apabila ia semakin hampir dengannya berbanding sekarang.


"Tetapi akan ada ramai pemain yang bertukar kelab atau akan berasa dengan cara yang berbeza pada musim panas.


"Romelu perlu dinilai tentang perasaannya pada September, cara yang sama Eden Hazard lakukan dan beberapa pemain yang lain.


"Tetapi dia (Romelu) adalah salah seorang pemain yang perlu mengambil keputusan penting musim panas ini sebagai satu detik besar untuk kariernya."

Comments


bottom of page