top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Mas Ermieyati berkemungkinan Wanita pertama calon Ketua Menteri Melaka

27 OKTOBER 2021

MELAKA: Jika dilihat dari segi profil dan integriti, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin antara salah satu calon untuk menyandang jawatan Ketua Menteri Melaka.


Jika beliau diangkat sebagai Ketua Menteri Melaka, beliau merupakan wanita pertama yang menyandang jawatan tersebut.


Negeri Melaka hanya sekitar 900,000 orang penduduk dengan keluasan 1,650 km persegi, jadi tiada maslah untuk beliau menyandang jawatan tersebut.


Ianya juga akan memberi penghargaan kepada golongan wanita apabila beliau dipercayai oleh rakyat sepenuhnya untuk mentadbir negeri Melaka kerana jika kita lihat sebelum-sebelum ini pun Ketua Menteri hanyalah disandang oleh golongan lelaki.


Berusia 45 tahun, beliau juga seorang yang mesra dan disenangi oleh masyarakat setempat, dan setakat ini bebas dari isu rasuah.


Dengan mengangkat beliau sebagai Ketua Menteri wanita pertama, kita akan dapat politik yang bersih serta berintegriti tinggi dan kita dapat lihat setakat ini beliau merupakan seornag calon yang sangat sesuai untuk menyandang Ketua Menteri Melaka.


Beliau merupakan ahli politik wanita Malaysia dari Ahli Parlimen P134 Masjid Tanah sejak Mei 2013 setelah memenanginya pada Pilihanraya Umum Ke-13.


Beliau kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 10 Mac 2020 merupakan Wanita pertama dari negeri Melaka yang terpilih sebagai Ahli Parlimen dari kalangan wanita.


Beliau diberitakan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada tahun 2019 dan merupakan Naib Ketua Srikandi Malaysia.


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Perikatan Nasional sentiasa berpegang kepada aspirasi memelihara perpaduan, memastikan pentadbiran berintegriti dan prihatin terhadap kesejahteraan rakyat.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka pada 8 November depan manakala tarikh mengundi pula 20 November.


PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lalu selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

bottom of page