top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Masih Banyak Syarikat Yang Bukan Essential Beroperasi

8 Jun 2021

Menteri Pertahanan Malaysia, Dato' Ismail Sabri menyatakan bahawa terdapat aduan dari orang ramai yang menyatakan banyak sektor yang tidak dibenarkan beroperasi, namun beroperasi seperti biasa.


"Kita akan tambah anggota penguatkuasa dan lawatan mengejut ke kilang-kilang tertentu, malah tentera juga akan terlibat,


"Kalau mereka buka, kita akan tutup segera. Kita tidak akan berkompromi kerana arahan telah pun dikeluarkan,



Beliau juga mendapati ada aduan yang menyatakan ada syarikat-syarikat yang memaksa pekerja mereka terus bekerja sehingga mencapai 80% atau pun 100% kehadiran.


Paksaan-paksaan kepada pekerja ini menyebabkan pekerja tiada pilihan, jadi mereka terpaksa bekerja.


Kalau majikan yang memaksa pekerja tersebut, majikan yang perlu diambil tindakan.


Beliau juga meminta supaya pekerja-pekerja melaporkan kepada Kementerian Sumber Manusia.



--PN Online

bottom of page