top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Masyarakat luar bandar tak peduli soal rasuah

21 September 2021

Pengundi di kawasan luar bandar serta pedalaman masih tidak peduli soal rasuah, menjadikan ianya faktor utama ahli politik terpalit skandal masih aktif dalam politik.


Mereka beranggapan bahawa perkara tersebut hanyalah sebagai skandal biasa, namun ianya merupakan satu perkara yang amat negatif.


Mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman ini masih mempunyai pemikiran yang feudalistik dan tidak peduli soal rasuah berbanding penduduk bandar.


Namun bagi sesetengah negara luar, semua gambaran yang menunjukkan kemewahan dan perkara demikian sebenarnya merupakan simbol pemimpin berkenaan sangat berkemampuan.


Jika kita mahu menyaksikan usaha membanteras rasuah ini benar-benar berkesan, setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan membantu.


Jika mengetahui berlakunya perbuatan salah guna kuasa atau rasuah, salurkan apa sahaja maklumat yang ada kepada suruhanjaya itu.


Jangan hanya berkata bencikan rasuah, tetapi apabila berlaku di depan mata, dibiarkan sahaja kerana berfikiran, 'itu bukan kerja aku'.


Lebih malang lagi jika kerana kepentingan diri atau adanya pemikiran, 'dah orang lain buat, baik aku pun buat,' kita pun ikut terbabit, hingga rasuah dianggap sesuatu yang biasa.


Jika dilihat perkara semudah itu pun mereka abaikan, jadi adakah orang yang bersikap sedemikian akan peduli hal kempen mencegah rasuah?


bottom of page