top of page
  • newsatmy

“Matlamat Tidak Menghalalkan Cara”-PU Syed

5 November

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed tampil mmberikan teguran terhadap pihak produksi yang sanggup meminta penyanyi dan pelakon, Zizi Kirana untuk menanggalkan tudung dan memakai rambut palsu untuk menjayakan watak ketua mafia dalam sebuah drama.


Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram, pendakwah ini memberitahu bahawa jangan disebabkan ada adegan yang tidak bertudung, pihak yang terlibat meminta pelakon tersebut tanggalkan tudung.


Tambahnya lagi, beliau turut menjelaskan bahawa hukum memakai rambut palsu adalah haram lebih-lebih lagi dalam lakonan.


PU Syed memberitahu bahawa rezeki berada di mana-mana sahaja dan berharap agar Zizi Kirana terus istiqamah dalam berhijrah.


Pendakwah bebas ini memberikan pesanan pada pengarah drama dan filem yang beragama Muslim untuk menjadi manusia yang mengenali halal dan haram.


Sebelum ini, nama Zizi Kirana terpalit dengan isu melanggar kontrak sebuah produksi yang menetapkan watak buatnya menerusi drama berjudul Jamu Nesan merupakan seorang wanita tidak bertudung dan memintanya untuk mengenakan rambut palsu.

Walaubagaimanapun, Mufti Kuala Lumpur telah memberitahu ianya haram untuk memakai rambut palsu walaupun atas urusan kerja. Maka beliau terpaksa akur dengan situasi untuk melepaskan kerja itu.

bottom of page