top of page
  • newsatmy

MB Kelantan: PAS, Bersatu, Umno lebih kuat umpama seberkas lidi


Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata perjuangan politik melalui perpaduan Melayu mesti bersama Bersatu.


Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS dipetik Harakahdaily menegaskan pergerakan parti Melayu mestilah tidak terhad hanya antara PAS dan Umno, tetapi perlu melibatkan sama parti lain terutamanya Bersatu.


"Bagi (pendapat) saya, lebih besar (gabungan) lebih baik. (Umpama) satu berkas lidi, kalau dah besar banyak guna, lebih kuat.


"(Jadi) Bagi saya, lebih baik kita (parti-parti Melayu Umno, PAS, Bersatu dan lain-lain) bersama. Bukan sahaja dua parti (PAS dan Umno).


“Tapi (semua) parti-parti Melayu (wajib) bersama dalam satu usaha mengekalkan kuasa (pemerintahan Melayu-Islam),” katanya, semalam.


Menurut Ahmad lagi, tiada untungnya pertelagahan antara parti-parti Melayu dan semestinya ia akan merugikan rakyat.


"Umno dan Bersatu telah diberi peluang oleh Allah membetulkan keadaan" itu.


Dia dipetik untuk mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin yang secara terbuka berkata matlamat parti itu untuk menguasai semula kerajaan - yang kini diketuai Bersatu melalui Perikatan Nasional (PN) - dengan kerjasama PAS.


#PAS #UMNO #Bersatu #parti Melayu #jangan tinggalkan bersatu #timbalan mursyidul am pas #Ahmad Yakob


bottom of page