top of page
  • newsatmy

Media sosial platform terbaik suarakan isu rakyat

4 Februari 2021

Media sosial akan menjadi antara platform terbaik untuk menyuarakan isu rakyat khususnya ketika keadaan Parlimen sedang digantung buat sementara waktu, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Beliau berkata, isu serta masalah rakyat perlu didepani dalam apa jua bentuk keadaan.

“Banyak permasalahan yang mungkin pada tanggapan sesetengah pemimpin ia perkara kecil namun isu seperti pendidikan, tempat tinggal dan keperluan antara perkara yang paling dekat di hati rakyat.


“Inilah yang cuba saya sampaikan berhubung nadi rakyat yang saya gunakan menerusi platform media sosial,” katanya ketika ditemu bual menerusi program Terus Terang anjuran NR Channel pada Rabu.


Dalam pada itu, beliau mengakui peredaran zaman telah menjadikan media sosial sebagai alternatif kepada media arus perdana berbanding dahulu, malah ia telah mengubah pola pemikiran manusia.


Baru-baru ini Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk kelihatan lantang menyuarakan isu-isu rakyat di media sosial termasuk isu-isu semasa.

bottom of page