top of page
cik skod

Memang Sayapun,cantik sangat saya-Sajat

22 Sept

Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan usahawan sensasi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman itu dalam sebuah muzik video berjudul Kekasih Pujaan yang dinyanyikan oleh Datuk Sharifah Aini.


Video tersebut sekaligus mengejutkan ramai mana tidaknya Sajat dilihat memakai persalinan baju Melayu serta bersongkok dalam muzik video tersebut.


Menerusi satu video tular di TikTok, Sajat mengakui remaja lelaki yang menari dengan lengkap berbaju Melayu itu adalah dirinya serta mengatakan dia memang sudah popular sejak dulu lagi.


“Memang saya pun, kenapa. Cantik sangat saya? Dah kenapa video tu, cantik lawa. Baru korang tahu cantiknya Sajat daripada dulu.


“Sikit habuk pun tak ada buat muka, daripada dulu muka sama je. Tak perlu nak kantoi, saya memang popular dari dulu, muka saya daripada kecik orang nak ambil untuk video klip,” katanya.


Dalam pada itu, Sajat menjelaskan sejak dari dulu lagi dia tidak mengubah wajahnya seperti yang didakwa netizen.


Pada Februari lalu, Sajat memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia. Sajat berkata dia meraskan seperti dilahirkan semula dan gembira kerana proses menukar status jantina di negara itu mudah dilakukan.

Comments


bottom of page