top of page
  • newsatmy

Menteri Agama jelaskan dana RM3.5juta Jakim kepada DAP

23 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Peningkatan RM3.5 juta dalam peruntukan Belanjawan 2022 untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah untuk menampung kos operasi jabatan itu, kata Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Idris Ahmad kepada Dewan Rakyat.


Beliau berkata peruntukan itu ditingkatkan daripada RM747 juta pada 2021 kepada RM751 juta bagi 2022.


“Kenaikan 0.48% ini diperlukan untuk menampung kos operasi jabatan seperti sewaan dan program yang dianjurkan oleh jabatan,” katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa mengenai Belanjawan 2022.


Ahli Parlimen Beruas dari DAP, Ngeh Koo Ham mendakwa bajet itu berasaskan kaum dan tidak adil, malah beliau berkata ia tidak mencerminkan konsep Keluarga Malaysia.


Koo Ham turut menggesa kerajaan menyenaraikan perbelanjaan Jakim kerana belanjawan jabatan itu untuk tahun depan lebih tinggi daripada beberapa kementerian.


Beliau berkata, secara keseluruhannya, Jakim telah diperuntukkan sebanyak RM956 juta, dan peruntukan untuk menguruskan hal ehwal Islam meningkat setiap tahun, daripada RM1.2 bilion pada 2019 kepada RM1.3 bilion pada 2020, RM1.4 bilion pada 2021 dan RM1.5 bilion tahun depan.

bottom of page