Arissa Azman
Ahli Parlimen MP biadap ketika PM ajak baca Al-Fatihah
Updated: Jul 27, 2021
26 Julai 2021

Sidang Khas Parlimen yang bermula hari ini menonjolkan sikap biadap pemimpin DAP yang bertindak menjerit-jerit kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kejadian berlaku ketika tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak semua ahli Parlimen bertafakur dan membacakan surah Al-Fatihah kepada semua mangsa Covid-19.
“Sebelum saya memulakan penerangan, saya mewakili kerajaan dan seluruh ahli Parlimen dengan perasaan sedih dan hiba ingin menyampaikan salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa Covid-19 yang diuji dengan kehilangan insan-insan tersayang.
“Datuk Yang di-Pertua, saya memohon izin untuk kita semua bertafakur seketika dan membaca surah Al-Fatihah bagi mengingati mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah,” kata Muhyiddin di Dewan Rakyat pagi ini.
Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo dan Nga Kor Ming antara ahli Parlimen yang membuat bising ketika bacaan surah Al-Fatihah.
--PN Online