top of page
  • newsatmy

Messi pemain terbaik FIFA 2022


PARIS, 28 Feb-Pemain Argentina dan Paris Saint Germain, Lionel Messi dinamakan sebagai pemain terbaik FIFA 2022 pada majlis yang diadakan di Paris.


Pemain berusia 35 tahun itu menewaskan rakan sepasukannya, Kylian Mbappe dan pemenang Balon d'or, Karim Benzema bagi anugerah tersebut.


Messi yang mengetuai skuad Argentina menjuarai Piala Dunia di Qatar telah menjaring 27 gol dalam 49 perlawanan buat negara dan kelab sepanjang 2021 sehingga 2022.


Messi berkata beliau teruja diatas anugerah yang dimenangi dan mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan kerana membolehkannya memenangi anugerah tersebut.


"Memenangi anugerah ini adalah menakjubkan. Satu penghormatan memenangi anugerah tersebut. Tanpa sokongan rakan sepasukan saya tidak akan sampai ke tahap ini", jelasnya.


"Saya berjaya mencapai impian yang selam ini saya idamkan. Hanya terdapat beberapa orang yang mampu melakukannya. Saya bertuah kerana dapat melakukannya", tambah Messi.


Ini merupakan kali kedua Messi memenangi anugerah tersebut. Sebelum ini, dia memenangi anugerah sama pada tahun 2007.


Pada majlis anugerah yang sama, jurulatih Argentina, Lionel Scaloni yang membawa pasukan itu menjuarai Piala Dunia buat kali ketiga dipilih sebagai jurulatih terbaik tahunan menewaskan Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dan Pengurus veteran, Carlo Ancelotti.


Penjaga gol Argentina dan Aston Villa, Emiliano Martinez dipilih sebagai penjaga gol terbaik.


Martinez membantu Argentina memenangi Piala Dunia dengan persembahan terbaiknya apabila menyelamatkan empat penalti sepanjang kejohanan tersebut termasuk ketika menentang Perancis pada aksi final.


Sementara itu, pemain Barcelona dan Sepanyol, Alexia Putellas memenangi pemain terbaik wanita FIFA, manakala Pengurus skuad wanita England, Sarina Wiegman memenangi Pengurus terbaik wanita-AFP

bottom of page