top of page
Writer's pictureArissa Azman

Messi tiada, Aguero pula cedera

10 Ogos 2021

MIMPI buruk Barcelona berlanjutan setelah Sergio Aguero disahkan terlepas saingan sehingga pertengahan Oktober kerana kecederaan betis.


Sebelum dapat meredakan keadaan apabila Lionel Messi tidak lagi bersama gergasi LaLiga itu, Barca turut berada dalam situasi kewangan yang mengerikan menuju musim baru.


Mereka tanpa salah seorang pemain yang baru tiba lebih daripada 10 minggu, namun sekatan gaji LaLiga bererti Barca belum dapat mendaftar Aguero, yang bergabung dengan perpindahan percuma daripada juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.


Pemain berusia 33 tahun itu meninggalkan City selepas 10 tahun bersama kelab itu, tetapi musim terakhirnya terhambat oleh kecederaan dan saingan tergendela ekoran COVID-19.


Dia berjaya hanya turun lapan kali dalam kesebelasan utama bagi musim 2020-21, bermain keseluruhan selama 720 minit dalam 20 perlawanan bagi semua pertandingan.


Hanya enam gol berjaya diledak Aguero -- dua daripada terhasil menerusi sepakan penalti -- paling sedikit buat City sejak berhijrah pada 2011.


Kariernya di Barca kini telah terhenti sebelum ia bermula.


Laporan di Sepanyol semalam memberitahu Aguero dijangka direhatkan selamat sebulan kerana kecederaan itu, tetapi ujian lebih lanjut telah menunjukkan tendon koyak di betis kanan.


"Ujian yang dilakukan terhadap pemain skuad utama, Kun Aguero, telah disahkan mengalami kecederaan betis kanan. Dia akan kembali pulih sekitar 10 minggu," menurut kenyataan Barca.


Aguero akan terlepas sembilan aksi pembukaan LaLiga dan terlepas sekurang-kurangnya dua aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL).



--AWANI

Σχόλια


bottom of page