top of page
  • newsatmy

Mesyuarat MT: Pemilihan UMNO mungkin ditangguhkan kerana COVID-19

25 April 2021

KUALA LUMPUR: UMNO dilaporkan akan menangguhkan pemilihan partinya, yang sepatutnya berlangsung Jun ini, dengan mengambil kira faktor penularan COVID-19 sebagai faktor utama.


Akhbar Utusan Malaysia memetik sumber sebagai berkata, ia antara beberapa perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Teringgi (MT) UMNO petang ini, termasuk tempoh sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Sumber itu memberitahu akhbar berkenaan, UMNO masih mempunyai tempoh 18 bulan selepas Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, dan kepimpinan akan dinasihatkan untuk tidak terburu-buru dalam melaksanakan pemilihan tersebut.


“UMNO cakna dengan situasi COVID-19 yang membimbangkan namun isu pemilihan UMNO sepatutnya dibincangkan secara teliti dalam mesyuarat. Tetapi keputusannya tidak semestinya diputuskan esok (hari ini).


“Kita tidak perlu tergesa-gesa. Kita harus mengambil kira hak setiap ahli untuk mengundi pada pemilihan UMNO namun disebabkan kes COVID-19 terus mencatatkan angka tinggi maka sudah tentu wujud kebimbangan untuk melaksanakan pemilihan,” kata sumber tersebut seperti dilaporkan akhbar berkenaan.


-Astro Awani

bottom of page