top of page
  • Farah

MetMalaysia Keluar Amaran Cuaca Buruk Di Beberapa Negeri


KUALA LUMPUR, 10 Okt – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 1 tengah hari ini.


MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan antara negeri terbabit adalah Selangor yang merangkumi kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta Putrajaya dan Melaka.


Dua lagi negeri adalah Negeri Sembilan meliputi daerah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin manakala di Johor, membabitkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.


Ramalan cuaca akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dengan pemantauan berterusan 24 jam agensi berkenaan.


Penduduk di kawasan terbabit dinasihatkan agar sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan mengikut arahan pihak berkuasa.

bottom of page