top of page
  • admin

Minda daif tolak Perlembagaan versi bahasa Melayu


Komitmen Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun mahu Perlembagaan Persekutuan edisi bahasa Malayu menjadi versi muktamad (autoritatif) bagi menggantikan versi bahasa Inggeris sudah lama dipejuangkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


Saranan itu disuarakan pelbagai pihak terutamanya NGO-NGO Islam melalui pelbagai siri penerangan, program, memorandum dan sebagainya.


Pakar Psikososio dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Zulkeflee Yaacob berkata, umat Islam dan Melayu serta warga negara yang patriotisme perlu menyokong usaha tersebut.


Katanya sokongan padu semua pihak diharap dapat merealisasikan agenda tersebut kerana impaknya sangat besar kepada perundangan negara termasuk kedudukan perundangan Syariah.

“Sebagai contoh, kes murtad Indira Gandhi sebelum ini ‘kita kalah’ kerana tafsiran yang dibuat atas teks Perlembagaan bahasa Inggeris yang menjadi teks sahih.

“Bukan saja teks bahasa kolonial yang perlihat hilang maruah negara berdaulat tetapi prinsip undang-undang dan keluhuran perlembagaan bawah fasal 152 perlu direka yasa bagi membina jati diri bangsa Malaysia,” katanya di sini.


Baru-baru ini Peguam Negara mencadangkan edisi Perlembagaan Persekutuan yang diterjemah ke bahasa Melayu menggantikan teks asal dalam bahasa Inggeris sebagai versi rasmi.


Menurutnya bagi tahun 2023, Jabatan Peguam Negara (AGC) bercadang untuk mencetak semula Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan pindaan perlembagaan bersejarah terkini.


Dr Zulkeflee juga berkata, pihak yang menolak dengan hujah teks asal mesti dikekalkan kerana tafsiran makna kata seperti kata jamak ‘ibu bapa’ banding bahasa Inggeris ‘ibu atau bapa’ memperlihatkan minda daif dalam disiplin bidang morfologi bahasa khususnya bahasa Melayu.

bottom of page