top of page
Writer's pictureArissa Azman

Mohon kerajaan pertimbang SOP kempen – Wan Saiful

15 NOVEMBER 2021

SHAH ALAM: Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan meminta pihak kerajaan memperhalusi semula SOP berkempen pada Pilihanraya Kecil Melaka kali.


Menurut beliau, ia sangat bermakna supaya calon boleh mendekati rakyat dengan mudah.


Sudah tentu ia mesti dilakukan mengikut keadaan yang terkawal, mengikut SOP yang ditetapkan, memakai penutup mulut sepanjang masa supaya sumbangan dari calon dapat terus disampaikan kepada rakyat.


Beliau juga mengakui bahawa memang benar sekarang calon-calon pilihanraya boleh berkempen melalui platform media sosial, namun sunber informasinya tidak semestinya tepat kepada pengundi. Ceramah dan maklumat kadang-kadang boleh dimanipulasi untuk mengelirukan para pengundi.


“Sekarang kempen pilihanraya ini tidak bebas dan tidak adil buat calon-calon”, ujar Wan Saiful di Pentas Penerangan PRN Melaka bersama-sama parti komponen Perikatan Nasional; PAS dan Gerakan di sini.

Commentaires


bottom of page