• newsatmy

MotoGP: Bagnaia raih petak utama dengan rekod baru

28 Mac 2021

FRANCESCO Bagnaia menyasarkan "satu keputusan yang amat-amat baik" dalam Grand Prix Qatar selepas memecahkan rekod sepusingan dalam penampilan pertamanya bersama Ducati.


Beraksi dalam musim ketiganya dalam kelas perdana, Bagnaia telah menamatkan dua musim lalu di tangga ke-15 dan 16 keseluruhan bersama Pramac Racing tetapi dia kini menumpukan kepada impian yang lebih besar bersama pasukan pengeluar itu.


Ducati -- pemenang GP Qatar sepanjang dua musim lalu bersama Andrea Dovizioso -- merupakan pasukan terpantas sepanjang minggu ini dengan Jack Miller merekodkan waktu terpantas dalam sesi kelayakan grand prixnya yang ke-100 dengan catatan seminit 53.387 saat untuk meninggalkan rakan sepasukannya, Bagnaia, di tangga kedua.


Tetapi Bagnaia kemudian membuktikan bahawa dia mampu merekodkan masa lebih baik dalam sesi kelayakan apabila mencatatkan rekod baru jentera dua roda di Litar Antarabangsa Losail dengan catatan 1:52.772.


Ia sudah mencukupi untuk dia berkelebihan 0.266 saat di depan pelumba kedua terbaik, Fabio Qartarao, manakala pelumba veteran, Valentino Rossi -- pemenang empat kali GP Qatar -- akan memulakan perlumbaan di barisan kedua di belakang Bagnaia.


Sebagai rekod, Rossi pernah menjejakkan kaki di podium Qatar sebanyak 10 kali.


Bagnaia berkata: Saya amat gembira. Semalam saya sudah fikirkan bahawa tidak mustahil untuk saya merekodkan 1:52.


"Dalam percubaan kedua, apabila saya mula memaksa diri, saya fikir ia sesuatu yang tidak mustahil. Selepas sektor ketiga, saya amat hampir dengan rekod sepusingan.


"Saya amat gembira, ia petak utama dalam perlumbaan pertama saya bersama pasukan ini.

Saya mahu menjadikan segala-galanya mungkin untuk menamatkan perlumbaan esok dengan sebaik mungkin. Saya fikir kami mampu menghasilkan keputusan yang amat-amat baik," katanya.


Keputusan pusingan kelayakan MotoGP:


1. Francesco Bagnaia (Ducati) 1:52.772

2. Fabio Quartararo (Monster Yamaha) +0.266s

3. Maverick Vinales (Monster Yamaha) +0.316s

4. Valentino Rossi (Petronas Yamaha) +0.342s

5. Jack Miller (Ducati) +0.443s

6. Johann Zarco (Pramac Racing) +0.514s

7. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha) +0.541s

8. Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team) +0.543s

9. Alex Rins (Team Suzuki Ecstar) +0.718s

10.Joan Mir (Team Suzuki Ecstar) +0.910s

11. Takaaki Nakagami (LCR Honda) +0.949s

12. Pol Espargaro (Repsol Honda) +1.158s


- Astro Arena

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.