top of page
  • Writer's pictureNihaba

MP PKR tolak empat ADUN bertanding di bawah Pakatan Harapan.

22 OKtober

Empat Adun Melaka yang berpaling tadah yang menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri tersebut pada bulan lalu perlu bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya negeri nanti, kata seorang ahli Parlimen PKR.

Antara yang membuat gesaan tersebut, William Leong Jee Keen selaku Ahli Parlimen Selayang menegaskan bahawa Pakatan Harapan juga tidak mengizinkan mereka bertanding di bawah Pakatan Harapan.

"Keempat-empat Adun yang menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri Perikatan Nasional di Melaka hendaklah bertanding atas tiket bebas.

"Mereka mempunyai tanggungjawab dan kewajiban untuk membuktikan tindakan mereka yang menjatuhkan kerajaan mereka sendiri dilakukan dengan tujuan menegakkan prinsip dan ideologi parti mereka.


"Mereka harus membuktikan bahawa pengundi setuju apa yang lakukan adalah kesilapan ketua menteri dan bukan menyimpang dari prinsip.

" Mereka tidak boleh bertanding dan bersembunyi di bawah tiket parti politik lain," katanya.


Kenyataan Leong itu bagi menangkis spekulasi bahawa PH akan menerima keempat-empat Adun tersebut - Idris Haron (Umno-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Umno-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas), dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) - sebagai calon mereka dalam pilihan raya negeri Melaka.


Beberapa pemimpin PH telah menyuarakan kebimbangan untuk bekerjasama dengan keempat-empat Adun tersebut. Dikhuatiri isu itu menyebabkan ketegangan tercetus dalam gabungan dan boleh memberi kesan negatif kepada Pakatan Harapan.


Leong juga mendakwa bahawa dengan menerima keempat-empat Adun itu akan membawa kesan yang memalukan kepada PH, termasuk imej politik yang akan “tercemar sehingga tidak dapat diperbaiki".

"Keempat-empat Adun itu asalnya dari parti-parti yang menyokong politik perkauman dan ideologi menegakkan ketuanan Melayu.


"Sekiranya kita menerima mereka , ia bermaksud gabungan ini tidak lagi serius dalam agenda reformasi, manifesto, ideologi, dan perjuangannya untuk perubahan.

"Ini bermaksud gabungan ini tidak lebih dari oportunis politik yang mencari jawatan, kepentingan dan kuasa, dan tidak ingin melaksanakan perubahan," katanya.


Sebelum ini, wakil rakyat PKR seperti Hassan Karim (Pasir Gudang), Chua Wei Kiat (Rawang), Simon Ooi (Bakar Arang), Jimmy Puah (Bukit Batu), dan Sandrea Ng (Teja) turut secara terbuka telah menyuarakan bantahan mereka.Kenyataan berapa Ahli Parlimen PKR dilihat bercangah dengan presiden PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim

bottom of page