top of page
admin

MP PN kesal ada pihak ambil kesempatan promosi budaya songsang


KUALA LUMPUR 13 Mac – Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menggesa tindakan tegas diambil terhadap pihak yang membawa budaya songsang ketika perhimpunan ‘Women’s March Malaysia 2023’ di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, semalam. “Kita lihat di Dataran Merdeka pada Ahad (12 Mac) semasa Perarakan Wanita.


Memang kita bersetuju dengan agenda pemerkasaan wanita tetapi ada segelintir yang mengambil kesempatan untuk merampas dan berkongsi idea supaya kerajaan memberi lampu hijau kepada golongan LGBT. “Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali,” katanya ketika membahaskan Bajet 2023 di peringkat jawatankuasa di Parlimen, hari ini. Bagaimanapun, Ahmad Fadhli mengucapkan tahniah kepada pihak polis kerana menyiasat perarakan itu.

Comments


bottom of page