top of page
admin

MT UMNO dijangka bincang tarikh adakan PRU malam ini


KUALA_LUMPUR,30 Sept:Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini bakal bincang isu utama iaitu menetapkan tarikh pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) .


Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan akan berjalan seperti dijadualkan sebelum ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ,

“Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan diadakan pada hari ini (Jumaat),” maklumat Ahmad dalam akaun Twitternya.


Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal mempengerusikan mesyuarat malam ini dengan dijangka semua Naib Presiden dan ahli-ahli MT lain akan hadir bagi memutuskan tarikh PRU-15 pada malam ini.


Sebelum ini, Ismail Sabri memberitahu ‘top five’ akan berjumpa pada 30 September (Jumaat) akan diadakan bagi membincangkan tarikh PRU-15 dan disusuli pada malamnya mesyuarat MT UMNO.


Lima pemimpin tertinggi itu adalah Presiden, Zahid, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden – Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri sendiri.


Spekulasi kuat mengatakan Parlimen bakal dibubarkan sebaik pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober depan walaupun berisiko ketika itu berlaku bencana banjir.


Namun, Zahid sebelum ini berkata UMNO sedia berkempen meredah banjir jika PRU-15 diadakan semasa musim bencana.


Beliau memberi bayangan Pilihan Raya Umum ke-15 akan berlangsung sebelum musim tengkujuh melanda negara bermula hujung bulan November.


Ahmad Zahid berkata, pembangkang telah membuat strategi yang salah apabila menggunakan alasan banjir untuk menakutkan pengundi.


“Pilihan raya ketika menjelang musim banjir, bukanlah bermakna pilihan raya diadakan pada musim banjir melanda seluruh negara.


InsyaAllah pilihan raya akan diadakan sebelum itu lagi


Laporan media tempatan juga membuat ramalan berkemungkinan pada 12 Oktober Dewan Rakyat akan dibubarkan bagi memberi laluan PRU-15 diadakan.


Komentarze


bottom of page