top of page
  • StrangePlay

Muay Thai Remaja Dunia: Impian besar Deirdra Jacquelina julang Malaysia


HARI ketiga Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia menyaksikan dua atlet muda negara mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.


Antaranya, atlet muda wanita negara, Deirdra Jacquelina Richard, yang mudah menewaskan wakil dari Persekutuan Muay Thai Antarabangsa (IFMA), Balqis Al Tisya, dalam kategori 14 ke 15 tahun bawah 45kg semalam.


Bagi Dierdra, dia mahu mencapai sesuatu yang besar ketika kali pertama membawa cabaran negara di pentas remaja dunia itu. "Saya bangga dan gembira dapat masuk separuh akhir, harap layak ke final pula.

"Setakat ini keadaan saya dalam keadaan baik. Saya harap dapat menang emas dalam penyertaan sulung agar membanggakan ibu bapa dan Malaysia," katanya.


Seorang lagi jaguh muda negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, turut mengikut jejak langkah rakan senegaranya itu apabila menumbangkan lawannya dari Jerman, Melik Babayev, secara 'knock out' dalam pusingan kedua.


Pergerakan Johan yang begitu pantas dan tepat selain pengalamannya di pentas antarabangsa itu nyata memberi kelebihan kepadanya.

"Sudah setahun kami menjalani persiapan sebab sebelum ini saya kalah, jadi ini dikira macam misi balas dendam.

"Sudah lima tahun saya menyertai kejohanan ini, kali ini saya harap dapat emas, Insya-Allah," kata juara Kejohanan Asia 2019 itu.


sumber>AStro Arena

bottom of page