top of page
  • newsatmy

Mufti Perlis gesa KKM kaji kesan sampingan dos penggalak

18 Januari 2022

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai.


Hal itu berikutan bapanya yang mengalami gejala muntah serta menjadi sangat lemah selepas menerima dos ketiga vaksin Covid-19 dan kini sudah lebih seminggu berada di hospital.


Tambahnya lagi, ayahnya turut terkena sekali lagi strok di bahagian yang sensitif di kepala dan puncanya masih belum jelas.


"Apakah ada kaitan dengan dos penggalak atau tidak? Saya tidak pasti. Hanya pakar yang dapat menjelaskan," ujarnya.


Menurut Mohd Asri, anak kepada seorang sahabatnya meninggal setelah jatuh sakit mengejut selepas dos ketiga dan tidak pasti sebab kematian yang sebenar.


"Pihak KKM wajar memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai," tambah beliau di laman sosialnya.


Dalam pada itu, Mohd Asri turut berkata ramai yang menyuarakan perkara ini di sosial media dan pihak KKM sepatutnya mengambil perincian setiap kes.

bottom of page