top of page
  • admin

Muhyiddin cadangkan kerajaan menaikkan peruntukan untuk Johor dari RM50 juta kepada RM100 juta


KUALA LUMPUR 6 Mac:Bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) mencadangkan kerajaan memberi peruntukan RM300,000 kepada semua ahli Parlimen yang kawasannya terjejas akibat banjir termasuk pembangkang.


Katanya peruntukan itu bagi membolehkan bantuan disalurkan segera kepada mangsa banjir di kawasan tersebut terutama di Johor yang disifatkannya banjir kali ini amat teruk.


Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk bersama membantu mereka dalam menghadapi bencana alam ini tanpa mengira perbezaan politik,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Setakat jam 8 pagi tadi, Johor masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai dengan 46,916 orang membabitkan 13,511 keluarga, ditempatkan di 284 pusat pemindahan sementara (PPS).


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut mencadangkan kerajaan menaikkan peruntukan bantuan kepada Johor kepada RM100 juta daripada RM50 juta yang diumumkan baru-baru ini.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) yang telah meluluskan segera RM50 juta untuk Johor, tetapi saya cadangkan naik kepada RM100 juta kerana keadaan banjir pada kali ini adalah amat teruk sama sekali,” katanya

bottom of page