top of page
  • newsatmy

Muhyiddin gagal ditumbangkan dalam undi Belanjawan Kali Ke-3


Ternyata cubaan ahli parlimen pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan perikatan nasional (PN) melalui undi belah bahagi pada bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 petang semalam gagal.


Keputusan itu yang memihak kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan jumlah undi 111 menyokong, 108 menolak dan 1 tidak hadir.


Terdahulu, ahli parlimen pembangkang meminta undi belah bahagi dijalankan sebaik sahaja Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membacakan undang-undang terbabit.


Beliau memohon dan mencadangkan agar Rang Undang-undang Bernama Satu Akta menggunakan sejumlah wang dari kumpulan wang yang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2021, memperuntukkan jumlah wang untuk perkhidmatan tahun itu ditimbangkan dalam jawatankuasa dan dipersetujui dengan pindaan.


“Saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan bagi kali ketika dan diluluksan sekarang,” kata Tengku Zafril.


Ini merupakan undian kali kedua dibuat dalam tempoh kira-kira setengah jam selepas pembangkang tewas dalam jumlah yang sama selepas bangun meminta diadakan undi belah bahagi terhadap Fasal Satu dan Dua rang undang-undang terbabit.


Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon membenarkan usul itu selepas 15 ahli Parlimen pembangkang bangun.


“Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dimaklumkan kepada majlis".


“Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang perbekalan 2021 dimaklumkan kepada majlis sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju kata bersetuju yang tidak bersetuju kata tidak,”kata Rashid.


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar adalah pencadang agar undi belah bahagi dijalankan dan ia dipersetujui oleh Rashid setelah lebih 15 orang bangun meminta belah bahagian selaras dengan peraturan mesyuarat 46 (4).


Hari ini, dua Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi diluluskan dengan undi suara.


RUU itu sudah diluluskan di peringkat dasar pada 26 November lalu menerusi undian suara majoriti, namun melalui laluan sukar apabila di peringkat jawatankuasa.


Daripada 27 kementerian itu, 18 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa dengan undian suara majoriti manakala sembilan kementerian melalui undian belah bahagian.


Sembilan kementerian diluluskan menerusi undian belah bahagian adalah Kementerian Kewangan; Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Pengangkutan; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia.


Turut tersenarai Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

bottom of page