top of page
  • newsatmy

Muhyiddin kotakan janji enggan bantu bebaskan Najib - Dr M

9 Disember 2021

Walaupun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju banyak perkara apa yang telah dilakukan oleh Muhyiddin Yassin, namun beliau bersetuju mengenai bekas rakan seperjuangannya dalam parti yang menggantikan beliau sebagai perdana menteri berpegang pada prinsipnya dalam menyekat sebarang percubaan untuk menggugurkan beberapa pertuduhan jenayah terhadap Najib Razak.


Namun Mahathir berkata, kerana prinsip jugalah yang menyebabkan Muhyiddin tumbang pada Ogos lalu, apabila beliau terpaksa meletakkan jawatan selepas beberapa ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadapnya yang didalangi Najib dan presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi.dan beliau sudah mengingatkan Muhyiddin untuk tidak mengambil risiko menerima sokongan Najib bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Mahathir dan Muhyiddin adalah pemimpin utama yang membentuk Bersatu pada 2016 bagi mencabar Najib ketika pendedahan berhubung skandal berkait 1MDB memuncak dalam negara dan bergabung bersama PH bagi menamatkan enam dekad pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.


Namun susulan beberapa kontroversi berhubung peralihan kuasa yang bakal menyaksikan bekas musuhnya Anwar Ibrahim menggantikan beliau bagi jawatan paling kanan dalam negara itu, keretakan mulai jelas dalam kerajaan PH.


Pada awal 2020, gabungan itu akhirnya tumbang sehingga menyebabkan perpecahan dalam PKR dan Bersatu.Sepanjang 17 bulan mentadbir negara, Muhyiddin beberapa kali mengulangi tidak akan masuk campur dalam kes-kes rasuah berprofil tinggi membabitkan pemimpin-pemimpin Umno walaupun mereka bersama-sama dalam membentuk blok menyokong ahli Parlimen Pagoh itu sebagai perdana menteri pada 2020.


Muhyiddin terpaksa meletakkan jawatan selepas sekumpulan 'kluster mahkamah' berkomplot menentang beliau bagi melepaskan diri antaranya Najib, Zahid dan sekumpulan ahli-ahli Parlimen Umno yang berdepan pertuduhan rasuah.


Sebelum meletakan jawatan, Muhyiddin telah menawarkan kerjasama rentas parti kepada ahli-ahli Parlimen PH, akan tetapi ditolak gabungan itu menyebabkan beliau terpaksa meletakkan jawatan beberapa hari selepas itu.


Mahathir juga yakin pengganti Muhyiddin, iaitu Ismail juga menerima tekanan yang sama dari Najib dan Zahid hamidi.


bottom of page