top of page
  • newsatmy

Muhyiddin: Persiapan PRU15 akan dibincangkan dalam mesyuarat MT PN


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam antara lain menyentuh beberapa perkara penting termasuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN)


Dalam catatan di laman Facebooknya, beliau memaklumkan yang mesyuarat berkenaan turut membincangkan dan mempersetujui untuk memperkemaskan gabungan parti anggota PN, memperkukuhkan kerjasama dengan parti dalam kerajaan pimpinan PN serta melaksanakan program segera untuk memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara.


“Majlis Tertinggi PN terus komited untuk menzahirkan aspirasi kerajaan dan rakyat seluruhnya,” katanya.


Mesyuarat tersebut turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan semua ahli Majlis Tertinggi lain.


Mengenai perkembangan hubungan antara Umno, Pas, dan Bersatu, presiden Bersatu memaklumkan yang beliau telah mengadakan perbincangan dengan Abdul Hadi dan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengenai usaha memperkukuhkan hubungan kerjasama antara ketiga-tiga parti tersebut.


#malaysian #pru15 #Majlis Tertinggi PN #Muhyiddin Yassin #mesyuarat #PRU-15 #PRU15 #Perikatan Nasional #Ahmad Faizal Azumu

bottom of page