top of page
  • admin

Muhyiddin teliti tindakan undang-undang, fitnah tak henti-henti


KUALA LUMPUR, 19 Feb – Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil beliau untuk memberi kenyataan, bukan sebagai suspek dalam projek Jana Wibawa.


Menurutnya, beliau memberikan kerjasama yang baik ketika memberi kenyataan dan SPRM juga menjalankan tugas mereka dengan baik.


Begitupun, beliau menegaskan pasukan peguamnya sedang meneliti tindakan undang-undang terhadap beberapa tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

“Kita dah minta peguam kita teliti. Tak berhenti-henti fitnah terhadap saya. Anda semua baca, anda media, tuduhan macam-macam, media arus perdana bawa berita itu, televisyen pun bawa berita itu. “Saya ini dah 50 tahun dalam kerajaan, tiada kes tuduhan rasuah kepada saya. Tiada salah guna kuasa. Bukan nak kata itu tapi tak report saya lama-lama dulu masa Timbalan Perdana Menteri? Tiada.

“Saya ikut peraturan. Saya nak tegaskan saya pegang teguh pada keluhuran undang-undang tapi mereka tak yakin. Mereka golongkan saya macam golongan perompak yang lain. Saya tidak begitu,” katanya.


Tegasnya, beliau ada prinsip dan akan sentiasa berpegang kepada prinsip yang benar.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Blood Donation Drive Anjuran Yayasan TSM Charity Golf di sini pada Sabtu.


Muhyiddin turut meluahkan kekecewaan dengan beberapa kenyataan yang seolah-olah menuduh beliau salah guna kuasa dan rasuah.

“Sesuatu perkara seperti itu tidak seharusnya mudah dikeluarkan kenyataan sampai hari ini… macam menuduh ini serius, yang dituduh ini, saya mantan Perdana Menteri, saya juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN)

“Tapi saya tahu muslihatnya adalah politik supaya orang akan marah saya orang fikir saya perompak, penipu salah guna kuasa.

“Pertama kalau tidak curi duit, rasuahlah, tapi dia kata saya salah guna kuasa? Adakah saya salah guna kuasa?

“Di mana pihak berkuasa tapi undang-undang, ada Akta Perbendaharaan Kewangan. Itu bukan di peringkat saya, itu di peringkat Kementerian Kewangan. Kalau saya luluskan pun tidak sah,” ujarnya.

bottom of page