• newsatmy

"Mummy 'dikomakan' di ICU, ada jangkitan paru-paru" - Ibu bapa Tasha Manshahar positif COVID-19

19 Mei 2021

KUALA LUMPUR: Penyanyi Tasha Manshahar memohon doa orang ramai agar diberikan kesembuhan untuk kedua-dua orang tuanya yang kini dirawat di Hospital Selayang selepas dijangkiti COVID-19.


Difahamkan keadaan bapanya Mohd. Manshahar kini stabil namun ibunya, Herina Wong dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.


"Tolong doakan kesembuhan ibu saya, Herina Wong dan ayah saya, Mohd. Manshahar. Mereka positif COVID-19.


"Mummy kini dirawat di ICU Hospital Selayang," ciapnya di Twitter.


Maklum Tasha lagi, ibunya terpaksa 'ditidurkan' ekoran paras kandungan oksigen dalam badan tidak stabil.


"Ayah nampaknya semakin baik. Mummy je la. Lungs Mummy ada jangkitan, kandungan oksigen dalam badan pun tak okey. Jadi, doktor kena 'tidurkan' dia dan masukkan tiub untuk bantu pernafasan sehingga keadaan dia kembali stabil.


"Sebenarnya tak jangka langsung akan sampai tahap macam ni. Dia nampak okey saja masa mula-mula masuk wad," tulisnya di Instagram Stories.


Perkembangan ibunya turut dikemas kini adik lelaki Tasha, Aizat menerusi akaun Twitternya sejak Isnin.


"Mummy akan ditidurkan tak lama lagi. she is a strong woman. Ya Allah, semoga mummy sihat seperti sedia kala.


"Tapi kalau apa-apa berlaku, Aizat yang tak bersedia.. Aizat tak kuat macam Mummy.


"Dapat tengok muka Mummy before pergi ICU, itupun ayah screenshot time doctor video call ayah tadi.


"Walaupun tak dapat nak interact dengan Mummy tapi happy Mummy dikomakan dalam keadaan yang sangat baik and cantik. Bersih kulit Mummy. Mummy kuat ya kat sana!" tulisnya.


-Astro Awani