top of page
  • newsatmy

Mungkin ada pertukaran di bahagian serangan-Tan Cheng Hoe

9 Disember 2021

Ketua jurulatih skuad 'Harimau Malaya', Tan Cheng Hoe memberi bayangan bakal melakukan rombakan di bahagian serangan pada aksi kedua kumpulam B menentang Laos dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 hari ini.


Beberapa pemain ada dalam senarai Cheng Hoe bagi mengisi jentera serangan selepas menampilkan prestasi yang baik pada aksi pembukaan menentang Kemboja pada Isnin lalu antaranya,seperti Kogi (Kogileswaran), Luqman Hakim, Ariff Aiman dan Shahrel Fikri yang memberikan gambaran mereka mampu jika diberikan peluang beraksi dalam kesebelasan utama nanti.


“Mengenai (Guilherme) de Paula, kami masih menaruh harapan jika dia diturunkan, dia masih boleh beri tumpuan dan memnunjukkan prestasi terbaik untuk mencipta jaringan bagi menjamin kemenangan pasukan,” katanya.


Pada aksi menentang Kemboja, Guilherme menampilkan prestasi yang kurang memberangsangkan dimana beliau gagal menyempurnakan peluang yang dimiliki sekaligus tidak memberikan sebarang impak positif di bahagian serangan.


Apabila Guilherme dikeluarkan pada separuh masa kedua, jentera serangan negara dilihat lebih efektif dengan kemasukan Shahrel, Luqman dan Kogileswaran dan pemain Petaling Jaya City itu berjaya menjaringkan gol ketiga Malaysia setelah menyempurnakan hantaran dari Luqman.


ketika ditanya mengenai Laos, Tan Cheng Hoe berpendapat pasukan itu mempunyai barisan pertahanan yang baik serta berdisiplin dan beliau menjangkakan pemain negara akan berdepan kesukaran untuk mencari jaringan.Sebelum itu, pada perlawanan pertama,Laos tewas kepada Vietnam 2-0


Harimau Melaya akan turun menentang Vietnam pada 12 Disember pada perlawanan ke tiga dan mengakhiri perlawanan peringkat kumpulan menentang musuh tradisi iaitu Indonesia pada 19 Disember.


Malaysia kini menduduki tangga teratas dengan mengutip 3 mata sama dengan Viatnam dalam kumpulan B cuma dibezakan jumlah jaringan dengan Vietnam yang menduduki tangga kedua.

bottom of page