top of page
  • Writer's pictureNihaba

NADMA bersama 26 agensi siapsiaga operasi berkaitan bencana


KUALA LUMPUR, 27 Sept- Tahap kesiapsiagaan sesebuah agensi penting supaya operasi berkaitan bencana dapat dikoordinasi dan dilaksana dengan berkesan. Sehubungan itu, Latih Amal Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir dilaksana untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman berkaitan fungsi setiap agensi terlibat khususnya membabitkan risiko bencana empangan. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, latih amal berkenaan diadakan dengan penglibatan 26 jabatan dan agensi di peringkat negeri serta persekutuan. "Tahap kesiapsiagaan sesebuah agensi kerajaan yang berkaitan termasuk orang awam dalam menghadapi bencana merupakan faktor penentu bagi memastikan sesuatu misi yang dipertanggungjawabkan itu berjaya atau sebaliknya. Objektif latih amal ini untuk memantapkan peranan dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan berkaitan seperti yang telah digariskan dalam Arahan No. 20 (Semakan Semula): Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara dalam mengatur gerak kerja sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana berlaku," menurut NADMA.


Ia juga bagi menambah baik strategi pengendalian bencana di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK). Selain, melihat kemampuan pelbagai agensi bertindak dalam satu pasukan yang dikoordinasi dalam Sistem Arahan Insiden (ICS).

bottom of page