top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Najib dapat kebenaran pulangkan pasport lewat

26 OKTOBER 2021

KUALA LUMPUR: Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran pelanjutan pelepasan sementara pasport Datuk Seri Najib Tun Razak untuk ke Singapura bagi mengunjungi anak perempuannya yang dijangka melahirkan anak di Republik berkenaan.


Kebenaran itu diluluskan tiga hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini iaitu hakim Mohamed Zaini Mazlan, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Muhammad Jamil Hussin.


Tiada sebarang bantahan dikemukakan oleh pihak pendakwaan semasa tiga prosiding berasingan pagi ini.


Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu memohon pelanjutan tersebut kerana beliau perlu menguruskan jentera Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November.


Pada Isnin minggu lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan pelepasan pasport sementara Najib supaya dia boleh berada di Singapura untuk melawat anaknya, Nooryana Najwa dari 20 Oktober hingga 22 November.


Bagaimanapun, menerusi notis usul yang dipinda di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Najib memohon tempoh pelepasan pasportnya termasuk 21 November hingga 6 Disember.

bottom of page