top of page
  • newsatmy

Nak kata tiada macam tipu pula…. – Shalma Eliana

6 Disember 2021

PETALING JAYA: “Jika saya kata tiada seperti menipu pula, pasti ada yang menghantar mesej peribadi di Instagram menyatakan hasrat untuk berkawan. Tetapi, saya menganggapnya sebagai hubungan biasa-biasa sahaja.


“Saya selesa dan gembira begini. Tambahan pula saya mahu fokus dengan kerjaya dan tidak mahu fikir sangat soal cinta”.


Demikian kongsi penyanyi dan pelakon Shalma Eliana mengakui ada didekati beberapa individu untuk menjalinkan hubungan istimewa sejak putus cinta dengan Ismail Izzani bulan lalu.


Shalma Eliana yang kini menggunakan nama pentas Yana berkata, dia kini mengambil pendekatan untuk fokus terhadap diri sendiri dan kerjaya seni berbanding bercinta.


Yana ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Your Loss di ibu kota pada Khamis lalu.


Dalam pada itu, Yana menjelaskan tidak menujukan single terbarunya kepada sesiapa sebaliknya situasi dalam lagu tersebut kena dengan apa yang dia lalui.


“Lagu ini saya tulis sendiri sewaktu saya sedang melalui satu fasa yang berkaitan dengan hidup. Dalam tempoh 10 minit saja telah berjaya disiapkan, kerana sebenarnya sudah lama berada dalam simpanan.


“Lagu ini tidak ditujukan pada sesiapa, tetapi ia ada hubungkait dengan kisah cinta saya. Jadi ia boleh dikaitkan dengan sesiapa sahaja,” kata Yana.


Terdahulu, Ismail mendedahkan yang hubungan cintanya dengan Yana sudah berkecai sekitar awal November lalu.

bottom of page