top of page
  • newsatmy

Neelofa ditegur suami?

15 Disember 2021

PETALING JAYA: Pengacara dan usahawan, Neelofa menerima teguran daripada suaminya, Haris Ismail atau PU Riz menerusi siaran langsung yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.


Menggayakan niqab berwarna hitam, Neelofa atau pemilik nama penuh, Noor Neelofa Mohd Noor, diusik manja suaminya apabila menggoyangkan kepala dan mengangkat kening mengikut alunan muzik rancak yang dipasang.


“Kalau terdengar lagu begini saja, pasti menggoyangkan anggota badan begitu (sambil mengajuk aksi isterinya),” tegur Haris secara lembut.


Neelofa yang menyedari aksinya itu kurang disenangi suami terus berhenti sebaik saja ditegur.


Malah, boleh dikatakan Haris beberapa kali turut menegur isterinya yang berseloroh ketika suaminya sedang berkongsi mengenai perihal agama.


Meskipun ditegur suami, ramai dalam kalangan netizen memuji pendekatan yang digunakan Haris dalam mendidik isteri tersayang.


Neelofa, 32, dan Haris, 26, menjadikan sesi tazkirah secara langsung (live) setiap minggu sebagai rutin untuk sama-sama memperbaiki diri menjadi Muslim lebih baik sementelah berkongsi pendapat tentang agama.

bottom of page