top of page
Writer's pictureArissa Azman

Netizen puji & pakat 'support' Azlee Senario niaga buah tepi jalan

15 Ogos 2021

Ramai individu yang terkesan dengan situasi ketika pandemik Covid-19 melanda negara termasuklah golongan selebriti. Sebab itulah kita dapat lihat ada sesetengah selebriti mengambil inisiatif untuk melakukan sesuatu atau menjual produk makanan misalannya, untuk kelansungan hidup.


Baru-baru ini, viral sekeping foto di Twitter menunjukkan pelawak Azlee Senario berniaga menjual buah-buahan di tepi jalan. Foto terbabit dipercayai diambil oleh orang awam ketika Azlee sedang duduk sambil menunggu pelanggan di kedainya yang terletak di Saujana Utama, Sungai Buloh.


Jom sama-sama kita support perniagaan abang Azlee Senario… semoga Allah luas dan permudahkan rezekinya.. amin..”


“Orangnya tak sombong”


Berdasarkan komen netizen di Twitter, Azlee memang berniaga buah-buahan di tapak pasar malam Saujana Utama dan ramai yang mengajak untuk sama-sama memberi sokongan dengan membeli buah dijualnya.


Sesetengah netizen dilihat memuji keperibadian Azlee yang tidak sombong dan mudah mesra selain gemar berborak dengan orang lain membuatkan dia disenangi.


“Jaga-jaga nanti ada kedai Mazlan buka dkt sebelah”


Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang sempat berseloroh dengan menyelit tentang dialog mahu pun babak legend daripada filem Lagi-Lagi Senario lakonan Azlee serta rakan pelawak yang lain.


Antara komen netizen adalah soalan sama ada Azlee sudah tidak menjual roti canai dan ada juga yang bergurau dengan berkata nanti Mazlan akan buka kedai di sebelahnya seperti di dalam filem tersebut.


Popular pada era 90-an, antara watak pernah dibawakan Azlee yang menjadi sebutan adalah ketika dia menjadi seorang pemuda terencat akal di dalam filem Senario The Movie, watak pemilik warung roti canai dalam filem dalam Lagi-Lagi Senario dan menerusi filem Senario Lagi sebagai suami kepada Syanie.




Comments


bottom of page