top of page
newsatmy

Nik Abduh beri isyarat untuk Pas tinggalkan PN

24 November 2021

Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz mengingatkan partinya PAS bahawa lebih baik memperbetulkan keadaan dan bekerjasama semula secara langsung dengan Umno.


Dalam hantaran di faceboknya, "Sebaik-baik perjanjian politik termeterai sejak berpuluh tahun adalah di Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) yang membentuk Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan PAS.


"Ia perjanjian diberkati Allah dengan serta-merta dan menyatukan dua kumpulan besar umat Islam bertelagah sejak puluhan tahun.

"Ia meruntuh segala marak kemarahan dan dendam, lalu terbina di atasnya rahmat dan kasih sayang sesama umat,"


Selepas pilihan raya negeri (PRN) Melaka di mana gabungan BN yang diketuai Umno memperoleh 21 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai PAS dan sekutunya Bersatu hanya dua kerusi, Nik Abduh sekali lagi penjajaran semula dengan Umno.


Kenyataan beliau ini dilihat bahawa kerjasama bersama Bersatu dan parti lain dalam Perikatan Nasional seperti tidak mendapat keberuntungan pada PAS.Pada pilinan raya negeri (PRN) Melaka,Misi parti itu yang menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dan menumpang populariti ‘Abah’ atau Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berhasil.


Perkembangan itu memberikan tamparan hebat kepada Pas yang dilihat enggan bekerjasama dengan UMNO dan BN dalam PRN Melaka


Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamarudin Sidek juga tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong.Kekalahan kesemua kerusi itu menyebabkan beliau selaku Persuruhjaya Pas Melaka dilucutkan jawatannya.


"Gembirakah kita untuk kembali menukarkan air mata kasih sayang dan kegembiraan kepada kebencian, dendam dan berburuk sangka sesama umat?" katanya lagi.


Kenyataan beliau seperti menjadi isyarat supaya parti itu kembali kepada gabungan Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO.

Comments


bottom of page