top of page
  • newsatmy

Norwich kembali ke Liga Perdana Inggeris

18 April 2021

LONDON: Norwich City yang tewas 3-1 kepada Bournemouth mengesahkan kepulangan ke Liga Perdana Inggeris selepas Swansea dan Brentford sekadar seri.


Skuad kendalian Daniel Farke menguasai liga divisyen dua itu dengan 27 kemenangan dalam 42 perlawanan setakat ini, membolehkan mereka kembali ke Liga Perdana selepas tersingkir musim lalu.


The Canaries mengalami kekalahan keenam mereka musim ini selepas Dimitrios Giannoulis dilayangkan kad merah seawal minit ke-17 aksi di Carrow Road.


Emi Buendia membuka jaringan buat tuan rumah sebelum rakan sepasukannya dibuang padang, tetapi Bournemouth memanfaatkan kelebihan pemain untuk merebut tempat dalam aksi playoff.


Jaringan babak kedua daripada Sam Surridge, Arnaut Danjuma dan Lloyd Kelly merapatkan jurang antara Cherries yang berada di tangga kelima, kepada hanya lapan mata dengan Watford di tangga kedua.


"Ia bukan tugas mudah untuk bangkit segera selepas tersingkir dan hari ini kami mampu melakukannya," kata pemain tengah Norwich Todd Cantwell. - AFP


bottom of page