• newsatmy

#NoToLanun: Kepesatan teknologi antara cabaran utama perangi cetak rompak

20 Mac 2021

KUALA LUMPUR: Kepesatan teknologi, terutamanya apabila negara bakal menikmati 5G tidak lama lagi, merupakan antara cabaran dalam memerangi lanun cetak rompak.


Namun, tegas Pemangku Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim, situasi itu mendambakan kerjasama lebih erat dan bersungguh-sungguh antara semua pihak berkepentingan.


Kerjasama itu, tegas beliau, termasuklah kerajaan, agensi bertanggungjawab dan penggiat seni serta tulang belakang industri itu sendiri


"Dengan kemajuan teknologi dan pelbagai cara untuk cetak rompak dan itu sendiri untuk diedarkan barangan cetak rompak. seperti saya katakan tadi Memang kita ada kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap laman sesawang berkenaan.


“Masalah sekarang ialah banyak laman sesawang baharu yang sama boleh dimuat naik semula. Semua ini jadi cabaran besar untuk industri muzik, tetapi kita sentiasa akan berusaha untuk mencari jalan agar menyekat semua laman sesawang yang menjalankan kegiatan laman cetak rompak ini,” katanya lagi.


Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI mengenai kempen #NoToLanun, khusus bagi memerangi aktiviti cetak rompak yang semakin berleluasa.


Dalam pada itu, Rosmin berkata, statistik global mengenai penggunaan hasil seni menunjukkan ia pada kadar yang membimbangkan, khususnya ketika teknologi berkaitan lebih maju dan pantas.


Katanya lagi, usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan masyaraka lebih memahami natijah buruk akibat perbuatan itu, serta kesan jangka panjang ke atas industri ini.


"Sebanyak 27 peratus pengguna mendengar atau memperoleh muzik dari cara haram, 23 peratus daripada pengguna juga menggunapakai salinan penstriman muzik dan itu jelas menunjukkan kadar cetak rompak masih tinggi.


“Jadi cetak rompak ini mendatangkan kesan buruk kepada negara, bukan sahaja menjejaskan pendapatan sumber penggiat industri musik, tetapi juga menjejaskan hasil cukai negara, kesan buruk kepada masyarakat,” katanya lagi. - AA

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.