top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Nurul Zahid kongsi bukti Bapa sakit pada netizen

25 Ogos 2021

Anak perempuan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah telah memuat naik video serta beberapa perkembangan tentang keadaan bapanya di Instagram. Katanya, tindakan itu susulan timbulnya desas desus mengatakan Presiden UMNO itu seolah-olah sengaja tidak mahu ke mahkamah untuk perbicaraan kes yang dijadualkan berlangsung semalam.


Beliau dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam bagi menjalani prosedur pada bahagian tulang belakangnya. Menurut peguam bela, Ahmad Zahid mengalami kesakitan akibat terjatuh dan tidak mampu duduk terlalu lama.


Menurut Nurul Hidayah, dia telah mengambil tindakan untuk merakamkan detik beliau ditolak dan dibawa ke bilik pembedahan tanpa pengetahuan bapanya. Katanya, dia tahu video tersebut akan menjadi bukti kepada orang ramai ketika ia diperlukan.


"Sangkaan saya amat tepat! Belum pun Abah selesai di Operation theatre, berita fitnah tersebar yg dia sedang ‘berehat’ di hospital utk elak kes mahkamah!


"Tak masuk akal. Benda sakit ni bukan boleh buat buat.”



Mahkamah Tinggi dilaporkan akan memanggil seorang doktor pakar hospital itu bagi mejelaskan keadaan kesihatan beliau selepas tidak hadir pada perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya itu.


Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, sapina akan dikeluarkan kepada doktor berkenaan agar dia hadir untuk menjelaskan prosedur yang akan dijalankan serta tempoh masa yang diperlukan sebelum tertuduh benar-benar pulih.


"Mahkamah tidak boleh membenarkan sebarang penangguhan lagi dan akan memanggil doktor berkenaan menjelaskan keadaan kesihatannya serta prosedur yang akan dijalankan.” ujar Hakim.


Walaupun begitu, perbuatan Zahid Hamidi yang dilihat sengaja melengah-lengahkan prosedur kes ini dilihat amat tidak bertamadun.


Bukan sekali dua perkara sebegini terjadi di kalangan ahli politik parti UMNO. Tengok sahajalah Najib.



--PN Online

bottom of page