top of page
admin

Ops Putra 2.0: Lebih 3,500 barang tiruan dirampas


KUALA LUMPUR, 21 Mac- Sebanyak 3,563 barang tiruan berkualiti tinggi dirampas dalam serbuan tujuh stor penyimpanan barang di Jalan Petaling semalam. Pengarah Kementerian Perdagangan dalam Negeri (KPDN) Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, rampasan berjumlah lebih RM300,000.00 tersebut berjaya ditumpaskan melalui Ops Putra 2.0. "Seperti Ops Putra 1.0, barangan diperolehi daripada luar negara, stok ini adalah bagi tujuan jualan kepada warga asing iaitu terutamanya pelancong yang datang ke Jalan Petaling.


"Harga jualan bermula pada harga RM100.00 sehinggga ke RM800.00 seunit. KPDN turut menahan dua individu dipercayai pemilik premis bagi membantu siasatan. Siasatan dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001), Akta Cap Dagangan 2019, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Hak Cipta 1987. Tambahnya, nilai rampasan bagi tahun ini sebanyak RM1.5 juta, melibatkan sitaan 29,000 unit barangan.

コメント


bottom of page