top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Osman Sapian diserang angin ahmar dan kini sedang dirawat

13 Oktober 2021

Bekas Menteri Besar Johor, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas sedang dirawat di hospital susulan serangan angin ahmar yang dialaminya hari ini.


Beliau dilapor dikejarkan ke hospital selepas mengalami mengalami sesak nafas dan difahamkan telah menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Johor awal hari ini dan seterusnya dihantar ke sebuah hospital di ibu negara.


Anaknya, Nornekman Osman mengesahkan bapanya tersebut diserang angin ahmar dan sudah diberikan rawatan, menurut laporan sebuah portal.


“Tolong doakan kesembuhan beliau,” kata anaknya itu.


Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Senator Md Nasir juga mengesahkan Osman kini sedang menerima rawatan selepas diserang penyakit tersebut.


Osman merupakan MB Johor ke-16 dan pertama dari BERSATU selepas kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.


Beliau kemudiannya meletak jawatan pada April 2019.

bottom of page