top of page
  • Writer's pictureNihaba

Pakej Pemulihan ekonomi berada di landasan betul -Tengku Zafrul

4 November

KUALA LUMPUR – Malaysia berada di landasan yang betul untuk memulihkan ekonomi menjelang 2022 menerusi belanjawan pengembangan yang diumumkan Jumaat lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini.


Beliau ketika bercakap dalam satu temu bual dengan Bloomberg hari ini berkata kerajaan merancang untuk mengurangkan kerencatan ekonomi akibat pandemik COVID-19, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi kepada trajektori jangka sederhana.


beliau mahu memastikan bahawa kesan ekonomi diminimumkan dan pertumbuhan ekonomi kembali kepada trajektori jangka sederhana.

Manakala dari segi pembiayaan hutang, negara mempunyai kecairan yang mencukupi di pasaran. Negara juga mempunyai asas pelabur yang pelbagai dan yakin bahawa pembiayaan hutang atau bon dapat dikumpulkan secara domestik.


Di bawah belanjawan terbesar yang bernilai RM332.1 bilion, kerajaan telah memperkenalkan cadangan cukai melalui Bajet 2022 seperti cukai kemakmuran, kajian semula cukai keuntungan hartanah termasuk pengenaan cukai khidmat ke atas perkhidmatan penghantaran bagi melonjakkan pendapatannya. yang merangkumi lebih daripada 230 syarikat besar yang tersenarai di bursa saham, yang telah mencipta laba berlebihan semasa pandemik.Ia adalah hanya cukai pogerasif sekitar 9.0 peratus bagi membantu pakej penjagaan kesihatan selepas pandemik.


Beliau juga menolak tanggapan bahawa pengenalan cukai kemakmuran bukan bersifat mesra perniagaan, dengan menjelaskan bahawa pasaran akan menyesuaikan diri dengan pengumuman itu.


Sebelum ini kerajaan telah membantu kepada sektor perniagaan,antaranya memberikan pakej bantuan sebanyak RM40 bilion dan dana RM4.8 bilion membabitkan 600,000 pekerjaan kepada rakyat Malaysia.


Sementara itu, kerajaan yakin dengan ekonomi pada 2022, yang bakal didorong oleh prestasi ekonomi yang kukuh dengan anggaran pertumbuhan antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus pada tahun tersebut.


Setakat ini, 75 peratus daripada keseluruhan populasi yang merangkumi lebih 90 peratus penduduk dewasa Malaysia telah menerima vaksin

Tengku Zafrul berkata dasar fiskal dan monetari Malaysia masih akomodatif dan kerajaan sedang berusaha mengurangkan defisit fiskal kepada 6.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2022 berbanding 6.5 peratus tahun.

bottom of page