top of page
  • Writer's pictureNizam

Park Hang -Seo julang bolasepak Viatnam 'King Of ASEAN'


14 Disember 2021

Park Hang-seo akan terus mempertahankan rekod tanpa kalah beliau berdepan pasukan dari Asia Tenggara sejak mengambil alih pasukan Vietnam


Jurulatih pasukan Vietnam, Park Hang-seo memulakan karier di Vietnam pada 29 September 2017, mengambilalih tugasan mengendali skuad kebangsaan negara itu dari tangan Mai Duc Chung yang bertindak sebagai jurulatih sementara pada ketika itu.


Pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah menandatangani kontrak lanjutan untuk terus kekal mengendalikan skuad kebangsaan Vietnam bermula 1 Februari 2022 sehingga 31 Jhanuari 2023.


Park Hang Seo bukan pilihan utama untuk menjadi jurulatih skuad Vietnam kerana ada beberapa calon lain seperti Takashi Sekizuka dan juga Steve Sampson dari Amerika Syarikat untuk jawatan itu, namun semuanya tidak berjaya mencapai persetujuan.


Park Hang-seo memulakan kerjaya jurulatih pada hujung September 2017 dengan sekadar salah seorang pembantu Guus Hiddink di kejohanan kelayakan Piala Dunia 2002 .


Namun kini, Park Hang-seo telah berjaya menjadikan Vietnam sebagai sebuah pasukan bola sepak digeruni diperingkat ASEAN,dan menempatkan Vietnam sebagai 12 pasukan terbaik Asia ketika ini.


Skuad Vietnam dibawah bimbingan Park Hang-seo berdepan dengan pasukan dari ASEAN, sejak beliau membimbing Vietnam dalam perlawanan rasmi pertama bertemu Afganistan pada 14 November 2017, sebanyak 18 perlawanan telah dilalui.


Dari 18 perlawanan,14 daripadanya adalah kemenangan, 4 kali seri dan tidak pernah kalah walaupun sekali sehingga kini. pasukan Viatnam telah mencatatkan sekitar 77.78%. kemenangan dalam semua perlawanan .


perlawanan peringkat kumpulan B kejohanan Piala AFF 2020 berdepan Indonesia dan Kemboja, Park Hang-seo dijangka tiada masalah untuk menang kedua-dua perlawanan itu dan pasukan yang dijadikan pilihan untuk dinobatkan sebagai juara Piala Suzuki 2020 yang sedang berlangsung di Singapura.



Sebagai rekod, hanya ada 3 negara ini sahaja yang mampu menghalang Park Hang-seo mencatatkan kemenangan iaitu;


  1. Myanmar: Piala AFF 2018 dengan keputusan 0-0

  2. Malaysia: Piala AFF 2018 dengan keputusan 2-2

  3. Thailand: Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2022 dengan keputusan 0-0

  4. Thailand: Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2022 dengan keputusan 0-0

Masih tiada tanda-tanda Park Hang-seo mahu ‘mengorbankan’ rekod itu dan diramalkan pencapaian beliau bersama skuad kebangsaan Vietnam akan terus memuncak sehingga kejohanan Piala Asia 2023.


Sepanjang empat tahun membimbing pasukan Vietnam, masih tiada pasukan ASEAN yang mampu menewaskannya dalam pelbagai kejohanan sehingga hari ini. Beliau telah menjadikan bolasepak Viatnam dalam kelas yang tersendiri dirantau ASEAN 'King of ASEAN!'

bottom of page