top of page
  • newsatmy

Pas enggan lagi kerjasama dengan PKR, lebih selesa dengan UMNO dan Bersatu - Abdul Hadi Awang

19 Mac 2021 MARANG: Tiada lagi ruang untuk Pas bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), tegas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Menurut Ahli Parlimen Marang itu lagi, Pas telah mempunyai pengalaman yang agak luas dalam menjalinkan kerjasama dengan parti tersebut sebelum ini.


Beliau berkata, ketika ini Pas akan terus menumpukan kerjasama dengan rakan-rakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO, yang beliau sifatkan semakin kukuh.


"PKR dan DAP, kerana kita telah berpengalaman sejak tahun 1998, 1999 hingga 2020. Cukuplah, biar dia selesai dululah kerana dia (sekarang) lemas. Jadi biar dia selesaikan masalah.


“Kita dalam keadaan selamat semakin kerana hari semakin kuat … kerjasama kita yang baru adalah Bersatu dengan UMNO termasuklah rakan-rakan di Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak, termasuk parti-parti yang bergabung Perikatan Nasional,” katanya lagi.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah secara online di Masjid Rusila, pada Jumaat.


Sebelum ini media melaporkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan UMNO walaupun perbincangan mengenainya masih belum dilakukan secara formal.


Ahli Parlimen Port Dickson itu dilaporkan berkata, kerjasama itu disokong beberapa pemimpin dan ahli parlimen daripada UMNO, dan ia akan menjadi kenyataan jika parti terbabit tekad memutuskan hubungan dengan Bersatu.


Mengulas berhubung isu berkenaan, Abdul Hadi berkata, terpulang kepada Presiden PKR itu untuk membentuk apa sahaja kerjasama kerana Malaysia merupakan negara demokrasi.

-Astro Awani

bottom of page