top of page
  • Writer's pictureNizam

PAS Johor teguh pertahan muafakat Nasional(MN)

13 Disember 2021

JOHOR BAHRU-PAS Johor terus mendukung tema memperkukuh Muafakat Nasional (MN) mempertahankan Perikatan Nasional (PN). Ianya selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulamak dan PAS Pusat yang juga selaras dengan perintah Allah S.W.T.


Keputusan ini selari dengan Piagam Muafakat Nasional yang tidak menghalang parti komponennya membina kerjasama dengan mana-mana pihak sama ada parti politik, NGO atau individu yang tidak bersama Pakatan Harapan (PH). PAS membina kerjasama dengan BERSATU yang telah meninggalkan Pakatan Harapan (PH).


Justeru PAS Johor akan terus teguh dengan usaha dakwah ke arah menyatukan umat Islam dan masyarakat umum yang lain sama ada parti politik, NGO atau platform yang lain bagi mewujudkan persefahaman bersama dan menyeluruh. PAS Johor juga menyeru agar kita dapat bertaawun dalam perkara yang kita sepakati dan kita bertoleransi dalam perkara yang kita tidak sependapat.

bottom of page