top of page
  • newsatmy

PAS mahu kukuh MN, pertahankan PN

27 April 2021

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS memahami kenyataan dikeluarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid hamidi mengenai hubungan parit itu dengan BERSATU.


"Politik sesuatu yang dinamik dan tidak akan ada parti sanggup bunuh diri. Maka PAS mengulangi pendirian supaya kita mengambil senario terbaik dalam semua senario yang ada," katanya kepada BH, hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang UMNO tidak dapat bersama BERSATU kerana perkara itu diputuskan dalam Perhimpunan Agung parti itu, bulan lalu.


Ahmad Zahid meminta PAS supaya bersikap lebih memahami berkenaan dengan keputusan yang diambil partinya berhubung kerjasama dengan BERSATU.


Tuan Ibrahim berkata, politik ialah meramaikan kawan dan mengurangkan musuh serta memerlukan toleransi dalam apa juga kerjasama.


"Dalam situasi COVID-19 melanda negara, kebimbangan rakyat bukan kepada parti politik yang berkecamuk, tetapi bagaimana kita gembleng tenaga dan fikiran bagi melandaikan keluk jangkitan dan pemulihan ekonomi dapat diatasi," katanya.


-Astro Awani

bottom of page