top of page
  • admin

PAS sedia runding Pejuang mohon sertai PN


MARANG 5 Mac: PAS sedia berunding sekiranya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mahu menjadi salah satu komponen dalam PERIKATAN NASIONAL (PN).


Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata parti itu bersedia membuka pintu rundingan kepada Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Kita ingin mendengar syarat-syarat mereka, mana tahu mereka juga akan menuntut kerusi di negeri-negeri PAS memerintah, contohnya di Terengganu,” katanya ketika ditemui media selepas Himpunan As-Sabiqun 2.0 di Rusila, semalam.


Sebelum itu, dalam taujihatnya, beliau mengimbau kembali saat PAS memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN Perlis.

“Kita tidak menjangkakan kemenangan itu, saya kata lapan kerusi, PJ (pesuruhjaya) kata lapan, memang tak jangka tetapi apa yang membimbangkan saya ialah ahli-ahli PAS Perlis akan mendabik dada mengatakan kita kuat.

“Saya bimbang akan mengikut perangai sombong Umno, yang selalu kata dia akan bertanding solo kerana yakin menang,” katanya.

bottom of page