top of page
Writer's pictureMatha Ahmad

PAS tak bubar tiga negeri jika PRU15 waktu terdekat


SHAH ALAM, 6 Okt – PAS membuat ketetapan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tiga negeri ditadbir parti itu sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.


“Sekiranya Parlimen dibubarkan pada waktu ini, tiga negeri bawah pimpinan PAS, Kelantan, Terengganu dan Kedah, tidak akan dibubarkan.


“Yang saya difahamkan, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang juga tidak akan turut bubar,” katanya dalam ucapan semasa Majlis penyerahan Watikah Ketua Bahagian Perikatan Nasional (PN) di Shah Alam, pada Rabu.


Tuan Ibrahim turut mengingatkan semua ketua bahagian PN untuk bersiap sedia menghadapi dua pilihan raya iaitu DUN dan Parlimen.


“Bermakna Selangor ada dua kali peperangan yang tuan-tuan kena sedia bagi menawan. Pertama kita tawan Parlimen, yang kedua kita tawan negeri Selangor,” katanya.

Comments


bottom of page