top of page
newsatmy

PAS,UMNO, PPBM akan jadi pembangkang jika tiada kerjasama


KUALA LUMPUR,13 Ogos – Parti Pas tidak menolak kemungkinan pakatannya dalam Perikatan Nasional (PN) ,BERSATU,termasuk Barisan Nasional(BN)UMNO,serta GTA akan menjadi pembangkang pada PRU15 ini jika berterusan parti Melayu berpecah.


Pandangan ini dizahirkan oleh Naib Presidennya, Senator Datuk Idris Ahmad yang meramalkan tidak mustahil perkara itu akan berlaku sekiranya parti politik Melayu dan Islam yang ditunjangi dua parti komponen PN dan UMNO dalam BN itu tidak bersatu.


“Sekiranya parti politik Melayu dan Islam tiada membentuk kerjasama, maka tiada yang akan memenangi kerusi pilihan raya dan akan kembali menjadi pembangkang.


Beliau juga berpandangan, tiada gabungan parti terbesar seperti PN,BN dan PH akan memenangi pilihan raya sekiranya bertanding bersendirian pada PRU15 ini.


“Tolong senaraikan kerusi mana yang kita berlagak sangat kalau kita berpecah kita boleh menang? Tolong senaraikan. Sebab itu kalau kita berpecah, keputusan PRU15 akan sama seperti PRU14,” katanya ketika merasmikan Jentera Pilihan Raya Pas Kawasan Gombak di Dataran Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini semalam.


Beliau turut mengingatkan kepada partinya, UMNO dan Bersatu agar mendengar segera berunding untuk saling tidak bertembung didalam PRU 15 supaya ‘jangan sudah terhantuk, baru terngadah’.

Beliau bimbang jika tindakan lambat diambil akan seperti ‘nasi sudah menjadi bubur’ disebabkan sentimen ketika ini sesama parti Melayu dan Islam marah kepada satu sama lain.

“Kita lupakan, tak perlulah kita nak ungkit sejarah-sejarah apa yang mereka lakukan, tapi kita berjiwa besar, kita buka buku baru. Kita berpolitik biar nampak cerdik. Biar kita mati esok anak cucu kita kenang kita.


“Jangan kita mati nanti, anak cucu kita kencing atas kubur, datukku memang tak guna punya orang, berjuang kerana kepentingan perut. Nak bergaduh hingga kami jadi macam ni.

“Selama 22 bulan bawah Pakatan Harapan (PH) tak serik lagi ke, Allah Taala masih sayang kepada kita,” katanya.

Comments


bottom of page